Thursday, July 18, 2013

Kari Ikan Nyok Nyok

 
Alhamdulillah dah masuk hari kesembilan puasa.  Hari ni pagi-pagi en. suami call minta masakkan kari ikan nyok-nyok. Kebetulan malam tadi dah beli macam-macam stok ikan dan ayam kat pasar borong. Terpaksa ketepikan selera anak bujang yang nak makan sardin. Banyak-banyak menu sardin juga yang dia suka, senang hidup.  Kari ikan versi sendiri.
 
Kari Ikan Nyok Nyok
 
1 ekor ikan nyok nyok (potong)
Sekotak santan
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci halia
3 sb serbuk kari ikan
Minyak untuk menumis
Daun Kari
Garam dan gula
Terung atau bendi
Cili merah (jika suka)
air asam jawa atau asam keping

Cara penyediaan

1. Tumbuk halus bawang dan halia.  Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari ikan yang dah dibancuh dengan air. Tumias sampai naik bau dan masak.
3. Masukkan santan bersama air, mengikut kepekatan yang dikehendaki
4. Bila kuah dah mendidih masukkan ikan, terung atau bendi dan daun kari.
5. Perasakan dengan gula dan garam
6. Masukkan cili merah, masak seketika.

Selemat mencuba.

 
 
 

No comments:

Post a Comment