Tuesday, August 20, 2013

Kuih Badak - Kelantan



Kuih badak ni sekali tengok macam kuih keria, tapi kuih badak ni tak guna keledek. Kuih ni hanya boleh dapat di Kelantan je. Saya tak tahu kenapa dipanggil kuih badak sedangkan bentuknya macam donut.  Memandangkan susah nak jumpa kuih ni, saya tanya pakcik Google dan saya buat sendiri. Alhamdulillah rasa macam yang saya beli kat Kampung....

Bahan-bahan

Secawan kelapa muda (parut)
Secawan tepung pulut
1/3 cawan tepung gandum
Sedikit air
Sedikit garam
Dua senduk kecil gula
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

1. Campurkan kelapa, tepung pulut, tepung gandum, garam dan sedikit air.
2. Uli sampai menjadi doh dan tidak melekat ditangan
3. Bentukkan seperti donut dan goreng sampai perang

Cara Penyediaan Air Gula (Sira)

1. Panaskan gula dengan sedikit air dan masukkan daun pandan
2. Kacau sampai air gula menjadi pekat
3. Masukkan kuih badak yang telah digoreng di dalam air gula

Selamat mencuba.


Sunday, August 4, 2013

Bronok Sagu



 
Salah satu kuih kegemaran. Senang je buat, cuma kalau silap langkah boleh jadi lembik dan susah untuk dipotong, makanya tidak cantik dipandang mata :)

Daging Goreng Sos Tiram


 
Lauk yang senang dimasak dan sedap di makan. Untuk tambah selera daging goreng ni sedap dimakan dengan nasi dan sayur putih sayur-sayuran, atau sayur lemak labu, sayur lemak petola atau terung.

Daging Goreng Sos Tiram

300-500 gm daging
1 labu bawang besar kuning
4 ulas bawang putih
Kacang panjang
Cili merah
3 sudu sos tiram
Garam dan gula
4-5 sudu minyak masak

Cara Penyediaan

1. Potong nipis-nipis daging dan goreng tanpa minyak
2. Masukkan sedikit garam
3. Gorang sampai air daging menjadi kering
4. Masukkan minyak gorang sampai daging masak dan garing
5. Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan bawang putih
6. Masukkan kacang panjang dan cili merah
7. Masukkan sos tiram
8. Boleh tambah gula atau sebuk perasa jika suka