Sunday, September 15, 2013

Ayam Goreng Kunyit


Lunch hari ni masa simple je, nak habiskan stok yang ada. Ayam goreng kunyit dan masak lemak ikan tuka dengan belimbing buluh a.k.a belimbing besi. Huhh memang sedap tapi gulai tu macam ada kureng sikit sebab ikan dah tak fresh :((

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Isi Ayam - Potong Kecil
Bawang putih - 3 ulas, mayang
Bawang besar kuning  - 1 @ 2 labu, potong bulat
Kunyit dan garam
Kacang panjang
Cili besar, merah dan hijau

Cara penyediaan

1. Isi ayam digaulkan dengan garam dan kunyit, biarkan seketika
2. Goreng isi ayam sampai masak
3. Bila ayam sudah masak, angkat dan keluarkan minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam
4. Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis bawang dan cili
5. Tumis bawang dan cili sehingga layu
6. Masukkan ayam isi ayam yang dah digoreng dan masukkan kacang panjang
7. Perasakan dengan serbuk perasa jika suka, boleh tambah garam kalau tidak cukup masin.




1 comment: