Friday, November 6, 2015

Gulai Ayam Kampung


Bahan-bahan:

1ekor ayam kg
1 inci lengkuas
1 incik kunyit
1 inci halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi - boleh gunakan cili kering jika suka
2 keping asam
garam gula secukup rasa- boleh gantikan dengan gula melaka
1 kotak santan
1 sudu rempah kari

Cara penyediaan:

  1.  Mesin lumat semua bawang, lengkuas, kunyit, halia dan cili
  2. Gaulkan bahan yang dimesin dengan ayam panaskan seketika sehingga sehingga ayam sedikit kecut
  3. Masukkan rempah kari, sedikit gula atau gula melaka
  4. Masukkan santan dan tambah air mengikut kepekatan yang disukai
  5. Masaka sehingga mendidih, masukkan asam dan perasakan dengan gula dan garam


Kari Sotong


Tuesday, November 3, 2015

Masak Lemak Cili Api Siput Sedut




Bahan-bahan:

1kg siput sedut-bersihkan dan potong dihujungnya
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 - 5 biji cili api
2 batang serai - untuk dititik
Seikat pucuk ubi - boleh digantikan dengan keladi, belimbing, pucuk manis atau terung telunjuk
1 inci kunyit hidup - saya gunakan serbuk kunyit
1 inci halia
1 kotak santan - 200ml


Cara Penyediaan:

  1. Mesin atau tumbuk lumat bawang, kunyit, cili dan halia
  2. Sementara tu celur pucuk ubi sehingga empuk dan sejatkan airnya
  3. Campurkan santan dan bahan yang dimesin, tambah air mengikut kepekatan kuah yang disukai
  4. Panaskan seketika, sentiasa kacaua untuk dapatkan kuah yang cantik
  5. Apabila mendidih masukkan siput, serai dan pucuk ubi masak sehingga siput masak
  6. Perasakan dengan garam dan gula

Wednesday, October 21, 2015

Ketupat Sotong


Menu yang sangat jarang dimasak. Sesekali dimasak memang menyelerakan. Resepi seperti Di SINI

Asam Pedas Ikan Kembung


Ikan kembung masak asam pedas tak kurang sedapnya jika dibandingkan dengan asam pedas ikan tenggiri atau pari. Resepi asam Di SINI

Sup Siam Daging


 Sup daging ala-ala kedai tomyam hasil rujukan dari blog Elly Wonderland. Sangat sedap macam masakan gerai menambat selera seisi keluarga.

Bahan-bahan:

Daging hiris nipis dan rebus
1 kiub ayam
1 biji bawang holland
6 biji cili padi
1 inci halia
3 ulas bawang putih
jus limau kasturi
bunga lawang, cengkih dan kayu manis
air rebusan daging
karot dan daun ketumbar serta daun sadri

Cara penyediaan:


  1. Potong daging nipis dan rebuskan bersama air agak-agak tenggelam daging
  2. Tumbuk halia, bawang putih dan cili dan tumis bersama bunga, cengkih dan kayu manis
  3. Masukkan ke dalam periuk rebusan daging
  4. Masukkan kiub ayam masak seketika
  5. Bioa dah mendidih masukkan bawang holand yang dipotong memanjang
  6. Masukkan sayur karot, sadri dan perasakan dengan garam dan gula
  7. Masukkan jus limau
  8. Kemudian masukkan daun ketumbar dan tomato jika suka


Puding Trifle


Puding yang agak mudah untuk disediakan. Lebih sedap dimakan sejuk dan lagi sedap jika dibiarkan dua tiga hari di dalam fridge.

Bahan-bahan:

1 gulung kek (perasa pandan)
1 tin susu cair
1 kotak agar2 crystal Nona
1 cawan air
2 sudu gula
3 sudu besar tepung kastard
1 tin fruit cocktail atau peach dlm tin

Cara penyediaan:

  1. potong nipis kek dan susun rapat-rapat di dalam acuan
  2. Renjiskan air buah peach ke atas kek sehingga kek lembab
  3. Cairkan tepung kastard dengan 1 cawan air 
  4. Masukkan bancuhan tepung kastard ke dalam susu yang dipanaskan dan kacau sehingga adunan menjadi pekat
  5. Siramkan adunan ke atas kek yang disusun tadi dalam acuan
  6. Potong buah peach mengikut kesukaan dan susun di atas lapisan kastard
  7. Bancuh agar dengan air mengikut sukatan seperti yang dinyatakan dikotak agar-agar 
  8. Siram perlahan ke atas lapisan kastard dan buah peach
  9. Sejukkan

Tuesday, October 6, 2015

Tumis Sardin

 
Masak tumis sardin, lauk penyelamat dikala tiada idea untuk masak atau lauk segera sekiranya hendak cepat. Menu yang tidak pernah jemu dan digemari seisi keluarga. resepi seperti DI SINI

Ikan Singgang Ulam Budu


 
Menu yang simple ikan singgang dan ulam-ulaman dimakan bersama budu boleh sebabkan nasi ditambah berkali-kali. Menu ikan singgang DI SINI

Kek Buah Kukus


Lidah Lembu Masak Merah

 
Resepi hasil rujukan daripada blog Azie Kitchen dan diubahsuai mengikut bahan-bahan yang sediada.
 
Bahan-bahan:
 
1 Lidah lembu - Bakar kemudian siatkan kulit yang keras
1 sudu besar cili giling
Sedikit pewarna merah  
1 labu bawang besar*
4-5 ulas bawang putih*
Sedikit halia inci halia*
2 batang serai*
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos ikan - jika suka

 
Bahan tambahan - jika suka
 
biji bawang besar
Lada merah/hijau
Capsicum
Tomato
daun bawang
daun limau purut
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Lidah lembu - dibakar dan disiat keluar kulit yang keras
  2. Potong kecil lidah lembu rebus bersama dengan pewarna merah sehingga empuk
  3. Mesin bahan yang bertanda*
  4. Tumis bahan yang dimesin sehingga wangi kemudian masukkan cili giling tumis sehingga cili masak
  5. Kemudian masukkan semua sos masak seketika
  6. Masukkan lidah bersama air rebusan masak sehingga kuah pekat dan perasakan dengan garam dan gula
  7. Masukkan bahan tambahan yang telah dipotong sekiranya suka
 
 

Sunday, September 13, 2015

Nasi Lemak Telur Goyang


 
 
Nasi lemak dimakan bersama dengan telur goreng. Telur merah dibiarkan separa masak memang menambat selera. Resepi nasi lemak seperti di SINI

Thursday, September 10, 2015

Masak Lemak Pucuk Ubi dan Udang



Menu ulangan masak lemak cili api pucuk ubi dan udang tak pernah jemu dengan masakan kampung. Resepi seperti di SINI.

Kerutub Daging


 
 
Bahan-bahan:
 
1kg daging
3-4 sudu rempah kerisik (RM2)
7-10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 Labu bawang besar kuning
1/2 inci halia
1 sudu cili giling - Jika suka pedas
1 sudu kerisik
1 keping gula Melaka (nise)
Bahan tumis - kayu manis, bunga lawang dan cengkih
Garam dan gula
1 setengah kotak santan (300ml)
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk atau dimayang sehingga Wangi bersama bahan tumis (serangkai)
  2. Kemudian masukkan bawang besar yang dimesin, tumis sehingga bersama cili giling sehingga pecah minyak dan cili betul-betul masak
  3. Kemudiam masukkan rempah kerutub dan tambah air, tumis sehingga pecah minyak dan rempah masak (rempah jadi berketul-ketul)
  4. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk
  5. Masukkan santan, masak hingga mendidik masukkan kerisik dan gula Melaka
  6. Masukkan air mengikut kepekatan kuah yang disukai
  7. Perasakan dengan garam dan gula, masak sehingga kuah menjadi pekat
  8.  

 


Tomyam Udang


Rasa tomyam yang dimasak sedikit berbeza apabila menggunakan udang galah. Mungkin air udang menyebabkan kelainan pada rasa tomyam.

Masak Lemak Pucuk Ubi dan Lala


Masak lemak cili api pucuk ubi bersama dengan lala. Resepi seperti di SINI

Monday, August 31, 2015

Solok Lada



Bahan-bahan:

2 Ekor ikan selayang @ sardine
10-15 biji lada hijau (lagi sedap menggunakan lada hijau Kelantan)
Kelapa muda - 2 ringgit
2 batang serai
4 ulas bawang merah
Sedikit garam dan sedikit budu (jika suka)
Gula
Sedikit santan cair

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk bawang dan serai sampai lumat
  2. Masukkan isi ikan (isi ikan mentah)
  3. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk bersama garam, gula dan budu
  4. Alaskan periuk dengan daun ubi (jika suka) untuk mengelakkan solok lada melekat diperiuk
  5. Susun solok lada, kemudian siramkan dengan santan cair (sedikit sahaja untuk mengelakkan solok lada hangit
  6. Masak sehingga lada kecut dan isi solok masak sepenuhnya.

Tomyam Bersantan



Bahan-bahan:

3 Sudu Pes Tomyam
1-2 labu bawang besar kuning
4 ulas bawang putih
Lebih kurang 1 inci lengkuas (potong nipis jadikan 4-5 keeping)
3 Ketul isi ayam (dipotong kecil) 
Udang/sotong/fish ball -jika suka
Daun ketumbar
Sayur - Bunga kobis/karot/jagung muda (jika suka)
1 senduk besar santan (boleh digantikan dengan susu cair)
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau kasturi/nipis

Cara Penyediaan:

  1. Rebus ayam bersama air, sukatan air mengikut kuah yang dikehendaki
  2. Masukkan bawang yang telah dipotong memanjang
  3. Masukkan lengkuas, pes tomyam masak sehingga mendidih
  4. Masukkan udang/sotong/fish ball
  5. Perasakan dengan garam dan gula
  6. Masukkan sayur-sayuran
  7. Masukkan santan
  8. Masak seketika
  9. Masukkan jus perahan limau nipis anggaran setengah senduk kecil dan masukkan daun ketumbar.

Somtam


Nasi Kerabu


Sunday, August 9, 2015

Pulut Ikan Kering


 
Petua untuk mendapatkan pulut yang cantik berkilat rujukan daripada blog Azie Kitchen dengan mencampurkan sedikit minyak semasa mengukus pulut.


Resepi Seperti Di dalam Blog Azie Kitchen

Bahan-bahan:

Beras pulut
Secubit garam
2 helai daun pandan
1 sb minyak masak
Serbuk kunyit, jika mahu buat pulut kuning

Cara Penyediaan:
 
  1. Rendam pulut dalam 1/2 jam ke 2 jam sebelum dikukus.
  2. Selepas direndam, gaulkan dgn sedikit garam. Kepada yg nak buat pulut kuning, boleh taburkan serbuk kunyit dan gaulkan.
  3. Masukkan beras pulut ke dalam periuk pengukus yang telah mendidih. Guntingkan daun pandan, jika suka. Kukus selama  15 ke 20 minit.
 

Kuih Lapis

 
 

Tapai Pulut




Bahan-bahan:

1 Kg beras pulut - rendam sekurang-kurangnya 4 jam
1 biji ragi - hancurkan sampai jadi serbuk
Daun Pisang/Daun Getah/Bekas

Cara Penyediaan:

  1. Kukus beras pulut lebih kurang 7-8 minit
  2. Angkat kemudian renjiskan dengan air sejuk, gaulkan sehingga air rata
  3. Kukus semula sehingga pulut masa lebih kurang 15 minit
  4. Sejukkan pulut yang dikukus (mesti betul-betul sejuk)
  5. Tabur ragi di atas pulut dan gaulkan sehingga rata
  6. Bungkus tapai dengan daun atau masukkan di dalam bekas yang disukai
  7. Masukkan dalam bekas tertutup biarkan sekurang-kurang sehari semalam.
 

Rendang Ayam

 
 
 
Rendang ayam yang dimasak tiada resepi khusus, mengikut sahaja bahan-bahan yang sedia ada.
 
 
Bahan-bahan:
 
1 ekor ayam
1 Kotak santan - 200ml
6-8 ulas bawang merah
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar kerisik
5 batang serai
2 keping asam
3 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut-jika suka
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis dan jintan putih
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Tumis bawang yang dimesin dengan cili sehingga garing
  2. Masukkan ayam biarkan seketika
  3. Ketuk serai
  4. Masukkan santan dan semua bahan
  5. Peraskan dengan garam dan gula
  6. Masak mengikut kepekatan kuah yang disukai
 
 


Kuah Durian & Roti


 
Kuah durian memang sedap dimakan bersama roti jala, roti biasa atau pulut. Untuk menyediakan kuah durian agak mudah kerana tidak memerlukan bahan yang banyak.
 
 
Bahan-bahan:
 
10 ulas durian
1 kotak santan - 200 ml
5 keeping gula Melaka @ nise
2-3 sudu gula pasir
secubit garam
daun pandan -jika suka
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Masukan isi durian dan sedikit air panaskan seketika
  2. Kemudian masukkan santan dan lain-lain bahan masak sehingga mendidih dan sentiasa kacau untuk mendapatkan kuah durian yang cantik


Laksa Johor

 
Terdapat banyak resepi Laksa Johor hasil rujukan daripada blog-blog masakan. Namun resepi yang digunakan adalah menggunakan resepi sendiri yang sering digunakan setiap kali menu ini disediakan. Untuk tambah kelazatan laksa Johor perlu dimakan bersama dengan sambal belacan.
 
Bahan-bahan:
 
1kg ikan sardin @ selayang - rebus sebentar
2 kotak santan
2 labu bawang besar* -boleh digantikan dengan bawang merah biasa
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
sedikit lengkuas*
segenggam udang kering
segenggam udang hidup - jika suka
3-4 sudu serbuk kari ikan
1-2 sudu cili giling
2 keping asam
1 sudu kerisik
1 batang serai
segenggam daun kesum
 
Cara penyediaan:
 
  1. Mesin isi ikan bersama-sama kuah ikan yang direbus
  2. Jika suka mesin tulang ikan dan tapiskan airnya
  3. Mesin udang kering dan udang hidup
  4. Tumis bahan-bahan bertanda* yang telah dimesin sehingga Wangi
  5. Masukkan cili giling tumis sehingga cili masak
  6. Masukkan santan campurkan dengan air mengikut kepekatan yang disukai
  7. Masukkan isi ikan dan isi udang yang telah sedia dimesin
  8. Masukkan serai, daun kesum dan asam keeping
  9. Masak sehingga mendidih
  10. Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula
  11. Boleh dihidangkan bersama ulam kacang panjang, taugeh timun, daun kesum dan sambal belacan
  12. Untuk menambah rasa boleh perahkan asam limau kasturi.

Wednesday, July 8, 2015

Mee Sup Azie Kitchen



Mee sup hasil rujukan resepi Azie Kitchen berkali masak tak pernah jemu. Resepi di SINI.

Monday, July 6, 2015

Acar Masak Timun

 
 
 

 
 
Acar masak timun merupakan salah satu menu masakan dari Kelantan. Acar masak ini banyak dijual di Pasar Ramadhan. Acar ini seakan-akan masak lemak kerana menggunakan santan, namun rasanya yang sedikit masam dan manis memberi kelainan.
 

 
Bahan-bahan:
 
4 Biji timun
5 Ulas bawang merah
3 Ulas bawang putih
Santan - lebih kurang 2 cawan
Sedikti halia
1 sudu cili giling
2-3 sudu cuka makan
2 biji cili merah/Hijau - jika suka
Segenggam taugeh
 
Cara Penyediaan:
  1. Timun dipotong memanjang, kemudian rendamkan seketika dengan air garam untuk mendapat acar yang rangup (seeloknya guna garam kasar)
  2. Tumis bawang dan halia yang ditumbuk
  3. Masukkan cili giling dan tumis sehingga cili masak
  4. Masukkan santan dan masak seketika kemudian masukkan cuka makan
  5. Apabila kuah mula mendidih masukan timun yang telah disejat
  6. Perasakan dengan garam dan gula
  7. Apabila acar sudah masak padamkan api, kemudian masukkan taugeh.
 

Sunday, July 5, 2015

Gulai Ikan Tongkol

 
 
Gulai ikan tongkol atau ikan aya menjadi menu utama untuk sarapan pagi dimakan bersama nasi putih.
 
Bahan-bahan:
 
2 ekor ikan tongkol - rebus dengan garam dan asam keeping
1 kotak santan 200ml
seinci lengkuas *
seinci kunyit *- boleh gantikan dengan serbuk kunyit
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 biji cili kering* - jika suka
2 keping asam
1 sudu serbuk kari ikan
Timun atau kacang panjang - Jika suka
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Semua bahan yang bertanda* dimesin
  2. Campur santan dengan air mengikut kepekatan yang disukai
  3. Masukkan semua bahan yang dimesin panaskan hingga mendidih
  4. Masukkan asam keping
  5. Masukkan serbuk kari ikan dan biarkan kuah mendidih
  6. Kemudian masukkan ikan yang telah sedia direbus
  7. Masukkan sedikit kuah ikan rebus untuk menambah rasa
  8. Masukkan timun atau kacang yang dipotong

Kurma Ayam


Menu yang sangat jarang dimasak. Sesekali masak memang mendapat sambutan lebih sedap lagi jika dibiarkan semalaman dan dipanaskan semula apabila hendak dimakan.

Bahan-bahan:

1/2 kg ayam dipotong kecil
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 kotak santan - 200ml
1 labu bawang besar - holand
1 paket rempah kurma
1/2 inci halia
sedikit jintan manis dan jintan putih
2 biji buah keras
2 biji ubi kentang
3 sekawan rempah tumis
Cili merah dan hijau - jika suka
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:
  1. Tumis bawang dan halia yang ditumbuk lumat
  2. Kemudian masukkan 3 sekawan rempah tumis dan serbuk jintan atau jintan yang telah dimesin
  3. Kemudian masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air
  4. Tumis sehingga pecah minyak
  5. Masukkan buah keras yang ditumbuk lumat
  6. Masukkan ayam dan masak seketika sehingga ayam dan rempah mesra
  7. Masukkan santan, diiukuti ubi kentang cili merah dan bawang besar yang dipotong memanjang atau memadai dengan belah empat









Juadah Raya Di Bulan Puasa

 
 
Menu berbuka dengan rendang daging, ayam masak merah, lodeh, lontong dan kuah kacang. Masak beramai-ramai seakan-akan sudah hendak menyambut raya.
 
 
 
 

Saturday, July 4, 2015

Ayam Kg Singgang

 
Singgang ayam seakan-akan singgang daging. Singgang daging menu yang popular di Negeri Kelantan dan Terengganu. Lebih istimewa dan sedap sekiranya menggunakan ayam kampong untuk masak singgang. Resepi singgang ayam seperti di SINI.

Wednesday, July 1, 2015

Sup Kepala Ikan Merah


 
Sup ikan merah sesuai dimakan masa berbuka atau bersahur juga sangat sesuai dimasak sekiranya perut meragam. Menu yang tidak pedas dan tidak menggunakan santan atau rempah.

Bahan-bahan:

1 Keping kepala ikan merah - bersihkan dengan air limau
1 paket sup ikan
2 biji buah keras
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
Ubi kentang, karot dan sadri - Jika suka
Minyak untuk menumis
Daun sup dan daun bawang - jika suka
garam dan gula
Cili padi - Jika suka

Cara Penyediaan:
  1. Tumis bawang dan halia hingga naik bau
  2. Masukkan paket sup ikan tumis seketika
  3. Masukkan air mengikut jumlah kuah yang dikehendaki
  4. Biarkan mendidih masukkan ubi kentang karot dan sadri masak seketika
  5. Masukkan buah keras yang ditumbuk lumat
  6. Masukkan ikan, kemudian peraskan dengan garam dan gula
  7. Masukkan daun sup dan daun bawang serta cili

Dalca Sayur


 
Dalca sayur memang sedap dimakan samada dengan nasi minyak atau nasi putih biasa. Kelainan dalca yang dimasak adalah sedikit berbeza kerana menggunakan nenas. Rasa masam manis nenas memang membangkit selera. Kalau di nergeri Kelantan untuk masak dalca memang telah ada rempah dalca yang siap dan boleh dibeli di kedai. Rempahnya seakan-akan rempah kari biasa, tapi ada sedikit kelainan dari segi rasa.
 
Bahan-bahan:
 
1/2 kg daging tetel/ boleh digantikan dengan ayam yg dicincang halus
3-4 sudu besar rempah kari daging
1 setengah kotak santan pekat - 300ml
5-6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia - jika suka
1/2 keping gula Melaka @nise
1 sudu cili giling
Minyak untuk menumis
Sayur - Karot, Jagung muda,terung, kacang panjang dan bendi
1/2 biji nenas - potong kecil
 
 
Cara Penyediaan:
  1. Tumis bawang yang telah ditumbuk/mesin sehingga Wangi
  2. Masukkan cili giling tumis sehinga cili masak kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air tumis sehingga pecah minyak
  3. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk
  4. Masukkan santan dan air mengikut kepekatan kuah yang disukai
  5. Masukkan nenas dan masak seketika sehingga kuah mendidih
  6. Masukkan sedikit gula Melaka atau nise.
  7. Masukkan sayur dan masak sehingga sayur sedikit layu.
  8. Perasakan dengan gula dan garam. Sekiranya tidak amsak boleh masukkan air asam jawa atau asam keping atau memadai dengan masam nenas.
 

Tuesday, June 30, 2015

Pajeri Nenas



Salah satu menu pilihan di bulan Ramadhan. Rasa nenas yang masam-masam manis boleh membangkit selera. Untuk membangkit selera pajeri nenas dimakan dengan nasi bersama dengan telur atau ikan masin.

Bahan-bahan :
 
1 Biji nenas kecil
1 kotak santan - 200ml
2 sudu serbuk kari ikan
1 sudu cili giling
 4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kerisik
Sedikit bilis - tumbuk @ boleh digantikan dengan kiub bilis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula
 
Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan bawang yang ditumbuk lumat
  2. Masukkan cili giling dan tumis sehingga cili masak kemudian masukkan serbuk kari tumis sehingga pecah minyak
  3. Masukkan santan, tambah air mengikut kepekatan kuah yang disukai
  4. Masukkan bilis yang ditumbuk lumat
  5. Masukkan kerisik masak sehingga kuah mendidih
  6. Masukkan nenas dan perasakan dengan garam dan gula
  7. Masak  seketika sehingga nenas kecut/masak


Nasi Goreng Tomyam


Selalu ternampak menu ini di blog masakan, pertama kali cuba masak menu nasi goreng tomyam memang sedap dan menyelerakan. Lagi sedap dimakan bersama dengan ayam goreng kunyit.


Bahan-bahan:

3 cawan nasi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Isi ayam/udang/sotong
1 batang serai
2 helai daun limau purut
1 sudu besar perencah pes tomyam
2 biji telur - jika suka
Sayur yang disukai - Karot, kacang panjang dan jagung muda

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang yang ditumbuk atau dimayang halus
  2. Masukkan pes tomyam tumis seketika kemudian masukkan isi ayam atau udang/sotong
  3. Masukkan telur dan kacau serta biarkan sehingga telur masak
  4. Masukkan sayur dan masak seketika
  5. Masukkan nasi kemudian masukkan serai dan daun limau yang dimayang halus
  6. Masak seketika sehingga semua sayur nampak layu.

Masak Lemak Cili Api Telur Itik dan Pucuk Ubi Kerinting


 
Salah satu menu ulangan yang telah dimasak berulang kali dalam bulan Ramadhan. Namun menu kali ini sedikit berbeza kerana menggunakan pucuk ubi special yang dikenali dengan pucuk ubi kerinting. Daunnya sedikit bulat.

 
Bahan-bahan:
 
6 Biji telur itik
1 kotak santan
Pucuk ubi
3 ulas bawang merah
cili padi mengikut kepedasan yang disukai
2 batang serai
2 keping asam
Garam dan gula
 
Cara Penyediaan:
  1. Celur pucuk ubi seketika, masukkan sedikit garam untuk mengekalkan warna hijau sayur
  2. Campurkan santan dengan bawang dan cili yang telah ditumbuk lumat
  3. Biarkan seketika masukkan asam, garam dan gula serta serai yang diketuk
  4. Apabila kuah telah mendidih masukan telur sebijik-sebijik biarkan seketika untuk telur betul-betul masak
  5. Kacau perlahan untuk dapatkan kuah yang cantik dan tidak berketul
  6. Akhir sekali masukkan pucuk ubi yang telah disejat air rebusan.

Wajik Durian


 
 
Wajik atau di Negeri Kelantan dikenali sebagai nasi manis memang menjadi menu pilihan sekiranya ada Majlis Perkahwinan. Namun wajik banyak juga dijual di pasar malam/tani lebih-lebih lagi wajik yang dicampur dengan durian. Untuk menyediakan menu ini tidaklah susah cuma memerlukan masa yang agak lama untuk memastikan wajik yang dimasak kering dan berkilat. walaupun pertama kali menyediakan menu ni hasilnya sama dengan wajik durian yang dibeli di Pasar Tani Putrajaya.

Bahan-bahan:

1 kg beras pulut - direndam 2 hingga 4 jam
Daun Pandan
1 hingga 2 sudu minyak masak
1/2 kg gula
1/2 kg gula Melaka atau nise
Sedikit garam
3 kotak santan 200 ml - sekiranya santan kara boleh gunakan 2 kotak sahaja (agak pekat)
lebih kurang 1 mug air
Garam
Air kapur - anggaran setengah cawan

Cara penyediaan:
  1. Beras pulut yang direndam dikukus sehingga 7-10 minit
  2. Angkat pulut yang dikukus gaulkan dengan sedikit minyak sekiranya Nampak masih mentah boleh gaulkan dengan sedikit air dalam 1 cawan - Minyak digunakan untuk dapatkan pulut yang berkilat merujuk kepada resepi dari Pn. Azie Kitchen
  3. Kukus seketika lebih kurang 10-15 minit
  4. Untuk sediakan wajik pastikan pulut yang dikukus tidak lembik atau terlalu masak
  5. Sejukkan pulut terlebih dahulu.
  6. Panaskan gula Melaka, gula dan air sehingga semua gula larut kemudian tapis
  7. Panaskan semula bahan yang ditapis bersama santan sentiasa kacau
  8. Masukkan daun pandan
  9. Masukkan secubit garam, masak dan kacau sehingga betul masak dan sedikit likat dan berkilat
  10. Masukkan pulut dan air kapur kemudian sentiasa kacau sehingga pekat dan berkilat