Friday, January 9, 2015

Bubur Singapore


 
Bubur nasi Singapore ini sangat sedap dan memang kena dengan selera kami sekeluarga. Menu ni diperolehi daripada kawan baik. Beliau selalu hantar ke rumah bubur yang beliau masak. Kerana menyukai bubur ini saya dapatkan resepi dari beliau dan telah berkali-kali masak bubur ini. Bubur ini dimakan bersama sos yang disediakan dan telur jeruk.
 
Bahan-bahan untuk bubur:
 
2 Genggam beras - di masak dengan air yang banyak
1 Kotak santan
300 gm daging - potong kecil dan nipis
15 ekor udang - lebih pon ok
10 ekor sotong- lebih pok ok
Sedikit garam
Daun pandan
 
Bahan-bahan untuk sos:
 
Segenggam udang kering
1-2 labu bawang besar merah - bawang india
Jus limau kasturi
Sedikit cuka makan - 2~3 sudu
Timun - Potong nipis dan halus
Tomato - Potong nipis dan halus
Garam dan gula
2 cawan air yang telah dimasak
 
Cara Penyediaan:
 
A. Bubur 
  1. Masak beras dengan air yang banyak sehingga beras hancur menjadi bubur
  2. Masukkan daun pandan untuk mendapat bubur yang harum
  3. Masukkan daging dan masak sehingga daging betul-betul masak
  4. Masukkan santan dan garam diikuti udang dan sotong masak seketika
B. Sos
 
  1. Mesin/tumbuk udang kering
  2. Campurkan dengan air masak
  3. Masukkan bawang, timun, tomato yang telah dipotong
  4. Kemusian masukkan cuka dan jus limau
  5. Perasakan dengan garam dan gula 

No comments:

Post a Comment