Saturday, January 3, 2015

Ketam Gulai Nenas


 
Masak ketam bersama nenas memang lazat, rasa nenas yang masam masam manis memang menambah rasa dan boleh jadi bertambah-tambah nasi yang dimakan.
 
Bahan-bahan:
 
  1. Ketam - 3 ekor, dibersihkan dan dibuang kulit
  2. Nenas - Separuh
  3. Serai - 1 btg
  4. Sedikit kunyit - saya gunakan kunyit serbuk
  5. Daun kunyit
  6. Bawang merah - 2 ulas
  7. Sekotak santan
Cara Penyediaan:
 
1. Campurkan santan, serbuk kunyit dan bawang yang ditumbuk ke dalam periuk
2. Masak sehingga mendidih dan sentiasa kacau untuk dapatkan kuah yang cantik
3. Masukkan ketam, serai dan daun kunyit
4. Perasakan dengan garam

No comments:

Post a Comment