Sunday, January 4, 2015

Pulut Pisang @ Pulut Bangkok



 
 
Kuih pulut pisang atau Pulut Bangkok memang salah satu kuih kegemaran. Mengambil masa sedikit untuk menyediakannya memandangkan pulut perlu dikukus terlebih dahulu. Hasil rujukan dari blog Citarasawan dapat juga disediakan kuih ini. Resepi seperti yang disalin dari blog  masakan tersohor citarasawan.
 
Bahan-bahan:
 
Bahan A
500 gm beras pulut
300 ml air
100 ml santan pekat
pewarna hijau
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
5 biji pisang nangka @ pisang tanduk
 
Bahan B
 
1/2 cawan gula pasir
sedikit air
1 biji kelapa parut
1/4 sudu garam
1 helai daun pandan
 
Cara penyediaan:
 
  1. Rendam pulut dengan pewarna hijau
  2. Toskan dan kukus dengan daun pandan dan santan separuh masak
  3. Keluarkan pulut dan ambil sedikit dan letak di atas plastik atau daun pisang dan tekan biar rata dan letakkan pisang ditengahnya. Gulung dengan kemas.
  4. Kukus semula pulut gulung tadi selama 15 minit atau sehingga masak. Keluarkan alas plastik dan ketepikan
  5. Sementara itu masak gula dengan sedikit air dan letakkan daun pandan dan sedikit garam
  6. Apabila air mendidih tuangkan ke atas kelapa parut dan gaul rata
  7. Ambil pulut tadi yang dikukus tadi gaulkan dengan kelapa parut dan potong 3 atau 4 bahagian.


No comments:

Post a Comment