Wednesday, January 14, 2015

Puteri Mandi


 
Selain dari kuih Buah Melaka atau onde-onde, kuih Puteri Mandi juga merupakan kuih yang sering disediakan semasa bulan Ramadhan. Untuk menyediakannya sama seakan-akan Buah Melaka cuma bezanya ia digaulkan dengan kelapa yang disira bersama gula.

Bahan-bahan:

1 Cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dgn air)
1/3 cawan air
1 cawan kelapa parut digaul
1/2 cawan gula
Daun pandan
Pewarna yang disukai
Secubit garam
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Untuk sediakan kuih dalam kuantiti yang banyak perlu digandakan sukatan yang diberi di atas
  2. Gaulkan tepung pulut, tepung gandum dan air - titis pewarna di dalam air untuk dapatkan warna yang digemari
  3. Sediakan air rebusan untuk proses memasak kuih (air rebusan di atas dapur). Sediakan kuih puteri, bulatkan kecil-kecil kemudian tekan supaya bulatan menjadi lekuk di tengah
  4. Masukkan dalam periuk, masak sehingga kuih timbul. Angkat dan rendam di dalam air sejuk sementara menyediakan kelapa.
  5. campurkan kelapa dengan gula dan sedikit air jika perlu, panaskan di atas api yang perlahan sekiranya suka masukkan setengah sudu keci esen pisang
  6. Sekiranya tidak menggunakan esen pisiang boleh digantikan dengan daun pandan sekadar untuk mewangikan kelapa
  7. Sejat kuih puteri dan gaulkan dengan kelapa yang telah disira gula.

No comments:

Post a Comment