Friday, March 6, 2015

Kari Kepala Ikan

 
Kari kepala ikan mamak yang tidak menggunakan santan memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. 
 
Bahan-bahan:

Kepala ikan merah - Belah kepada 4 bahagian, bersih dengan air asam
4-5 sudu besar rempah kari babas
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar rempah campur
3 tangkai daun kari
Air asam jawa - lebih kurang 2 gelas ( 2-3 sudu asam jawa)
Minyak untuk menumis
Cili merah/hijau - jika suka
Kacang bendi - jika suka

Bahan-bahan kisar

1 labu bawang besar
1 biji tomato segar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam

Bahan untuk dimayang

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan yang dimayang dengan rempah campur dan 2 tangkai daun kari sehingga Wangi
  2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar, cili giling dan rempah kari tumis sehingga rempah betul-betul masak
  3. Masukkan air asam jawa masak sehingga mendidih
  4. Akhir sekali masukkan ikan, cili dan kacang bendi perasakan dengan garam dan gula
  5. Masak sehingga ikan masak
  6. Masukkan 1 tangkai daun kari, tutup periuk kemudian padamkan api, daun kari untuk menambahkan lagi kewangian .
 
 

No comments:

Post a Comment