Wednesday, April 22, 2015

Tiga Rasa Ala Thai Ikan Kembung

 
 
Terdapat pelbagai resepi menu tiga rasa ikan. Menu kali ini disediakan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada, dimasukkan juga sos ikan, daun ketumbar maka ikan tiga rasa kali ini lebih kepada ikan tiga rasa ala thai seperti yang dimakan di gerai/restoren masakan Thai.
 
Bahan-Bahan:
 
1 ekor ikan kembung (agak besar) - bersihkan dan goring garam kunyit
1 labu bawang besar - Cincang halus
3 ulas bawang putih - Cincang halus
4-5 biji cili padi - ketuk
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Sedikit timun - potong dadu kecil
1 biji tomato - potong dadu kecil
1 batang serai - boleh dipotong kecil atau boleh je diketuk
2 helai daun limau purut - dipotong kecil
1 tangkai daun ketumbar - potong kecil
Minyak untuk menumis
Garam dan gula
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Tumis bawang sehingga naik bau kemudian masukkan cili yang diketuk
  2. Masukkan kesemua sos dan boleh tambah air mengikut kepekatan yang disukai
  3. Perasakan dengan garam dan gula
  4. Masukkan timun, tomato, serai, daun ketumbar dan daun limau purut
  5. Masak seketika, kemudian curahkan di atas ikan.

No comments:

Post a Comment