Tuesday, June 30, 2015

Pajeri Nenas



Salah satu menu pilihan di bulan Ramadhan. Rasa nenas yang masam-masam manis boleh membangkit selera. Untuk membangkit selera pajeri nenas dimakan dengan nasi bersama dengan telur atau ikan masin.

Bahan-bahan :
 
1 Biji nenas kecil
1 kotak santan - 200ml
2 sudu serbuk kari ikan
1 sudu cili giling
 4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kerisik
Sedikit bilis - tumbuk @ boleh digantikan dengan kiub bilis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula
 
Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan bawang yang ditumbuk lumat
  2. Masukkan cili giling dan tumis sehingga cili masak kemudian masukkan serbuk kari tumis sehingga pecah minyak
  3. Masukkan santan, tambah air mengikut kepekatan kuah yang disukai
  4. Masukkan bilis yang ditumbuk lumat
  5. Masukkan kerisik masak sehingga kuah mendidih
  6. Masukkan nenas dan perasakan dengan garam dan gula
  7. Masak  seketika sehingga nenas kecut/masak


Nasi Goreng Tomyam


Selalu ternampak menu ini di blog masakan, pertama kali cuba masak menu nasi goreng tomyam memang sedap dan menyelerakan. Lagi sedap dimakan bersama dengan ayam goreng kunyit.


Bahan-bahan:

3 cawan nasi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Isi ayam/udang/sotong
1 batang serai
2 helai daun limau purut
1 sudu besar perencah pes tomyam
2 biji telur - jika suka
Sayur yang disukai - Karot, kacang panjang dan jagung muda

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang yang ditumbuk atau dimayang halus
  2. Masukkan pes tomyam tumis seketika kemudian masukkan isi ayam atau udang/sotong
  3. Masukkan telur dan kacau serta biarkan sehingga telur masak
  4. Masukkan sayur dan masak seketika
  5. Masukkan nasi kemudian masukkan serai dan daun limau yang dimayang halus
  6. Masak seketika sehingga semua sayur nampak layu.

Masak Lemak Cili Api Telur Itik dan Pucuk Ubi Kerinting


 
Salah satu menu ulangan yang telah dimasak berulang kali dalam bulan Ramadhan. Namun menu kali ini sedikit berbeza kerana menggunakan pucuk ubi special yang dikenali dengan pucuk ubi kerinting. Daunnya sedikit bulat.

 
Bahan-bahan:
 
6 Biji telur itik
1 kotak santan
Pucuk ubi
3 ulas bawang merah
cili padi mengikut kepedasan yang disukai
2 batang serai
2 keping asam
Garam dan gula
 
Cara Penyediaan:
  1. Celur pucuk ubi seketika, masukkan sedikit garam untuk mengekalkan warna hijau sayur
  2. Campurkan santan dengan bawang dan cili yang telah ditumbuk lumat
  3. Biarkan seketika masukkan asam, garam dan gula serta serai yang diketuk
  4. Apabila kuah telah mendidih masukan telur sebijik-sebijik biarkan seketika untuk telur betul-betul masak
  5. Kacau perlahan untuk dapatkan kuah yang cantik dan tidak berketul
  6. Akhir sekali masukkan pucuk ubi yang telah disejat air rebusan.

Wajik Durian


 
 
Wajik atau di Negeri Kelantan dikenali sebagai nasi manis memang menjadi menu pilihan sekiranya ada Majlis Perkahwinan. Namun wajik banyak juga dijual di pasar malam/tani lebih-lebih lagi wajik yang dicampur dengan durian. Untuk menyediakan menu ini tidaklah susah cuma memerlukan masa yang agak lama untuk memastikan wajik yang dimasak kering dan berkilat. walaupun pertama kali menyediakan menu ni hasilnya sama dengan wajik durian yang dibeli di Pasar Tani Putrajaya.

Bahan-bahan:

1 kg beras pulut - direndam 2 hingga 4 jam
Daun Pandan
1 hingga 2 sudu minyak masak
1/2 kg gula
1/2 kg gula Melaka atau nise
Sedikit garam
3 kotak santan 200 ml - sekiranya santan kara boleh gunakan 2 kotak sahaja (agak pekat)
lebih kurang 1 mug air
Garam
Air kapur - anggaran setengah cawan

Cara penyediaan:
  1. Beras pulut yang direndam dikukus sehingga 7-10 minit
  2. Angkat pulut yang dikukus gaulkan dengan sedikit minyak sekiranya Nampak masih mentah boleh gaulkan dengan sedikit air dalam 1 cawan - Minyak digunakan untuk dapatkan pulut yang berkilat merujuk kepada resepi dari Pn. Azie Kitchen
  3. Kukus seketika lebih kurang 10-15 minit
  4. Untuk sediakan wajik pastikan pulut yang dikukus tidak lembik atau terlalu masak
  5. Sejukkan pulut terlebih dahulu.
  6. Panaskan gula Melaka, gula dan air sehingga semua gula larut kemudian tapis
  7. Panaskan semula bahan yang ditapis bersama santan sentiasa kacau
  8. Masukkan daun pandan
  9. Masukkan secubit garam, masak dan kacau sehingga betul masak dan sedikit likat dan berkilat
  10. Masukkan pulut dan air kapur kemudian sentiasa kacau sehingga pekat dan berkilat

Sunday, June 28, 2015

Sambal Udang


Bahan-bahan:

1/2 kg udang
2 senduk kecil cili boh
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 susu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
1/2 keeping gula Melaka/nise
1 helai daun pandan - untuk wangikan sambal
Hiasan daun bawang/sup/ketumbar
Minyak untuk menggoreng
garam dan gula

Cara Penyediaan:

  1.  Tumis bawang yang telah dimesin
  2. Masukkan cili giling dan tumis sehingga lada masak
  3. Masukkan daun pandan dan semua sos dan gula Melaka/nise
  4. Perasakan dengan garam dan gula
  5. Masukkan udang masak sehingga udang masak
  6. Boleh ditabur daun sup atau daun ketumbar

Lala Goreng Bercili



Bahan-bahan:

1 Kg Lala
7-8 biji cili merah
2 batang serai
1 helai daun limau purut
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:
  1. Mesin bawang dan cili kemudian tumis sehingga cili masak
  2. Masukkan lala, serai yang diketuk dan daun limau purut
  3. Perasakan ddengan garam dan gula
  4. Masak seketika

Nasi Kerabu


Menu yang telah berulang-ulang dimasak. Nasi kerabu akan lebih sedap dimakan dengan ulam kampung seperti pucuk serai kayu dan pucuk gajus. Resepi boleh rujuk di SINI.

Lemak Cili Api Udang, Pucuk Paku dan Belimbing

 
Masak lemak cili api udang bersama dengan pucuk paku dan belimbing buluh. Menu boleh dirujuk di SINI.

Saturday, June 20, 2015

Nasi Ayam Menu Popular Bulan Ramadhan



Nasi ayam memang popular dan selalu dimasak dalam bulan Ramadhan.  Boleh rujuk resepi DISINI.

Thursday, June 18, 2015

Siakap Masam Manis


 
Terdapat pelbagai resepi siakap masam manis. Kadang-kala setiap kali masak resepi akan berubah-ubah mengikut bahan sedia ada. Menu kali ni sedikit kelainan kerana turut dimasukkan serai dan daun limau purut.
 
Bahan-bahan
 
1 ekor ikan - digoreng garing
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
sedikit halia
1 helai daun limau purut
1 sudu cili giling
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos ikan - jika suka
1 sudu sos tiram
Timun, tomato dan nenas - Jika suka
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Tumis bawang sehingga Wangi
  2. Masukkan cili giling tumis sehingga cili masak
  3. Masukkan semua sos, daun limau purut dan serai masak seketika
  4. Tambah air sekiranya perlu kemudian perasakan dengan garam dan gula
  5. Masukkan timun, tomato dan nenas yang dipotong dadu
  6. Siram di atas ikan

Puding Raja


 
Pertama kali mencuba untuk sediakan puding raja. Hasil rujukan daripada pelbagai blog masakan terutamanya blog citarasawan telah menghasilkan puding raja yang sedap dan menepati selera.
 
A. Bahan Jala Emas:
 
10 Biji Telur Itik
1/2 kg gula
250ml air
daun pandan
 
Cara Penyediaan:
  1. Pukul telur sehingga kembang kemudian tapiskan
  2. Masak air gula sehingga betul-betul mendidih bersama dengan daun pandan
  3. Masukkan telur ke dalam acuan roti jalan
  4. Jalakan secara membulat biarkan seketika kemudian angkat menggunkan garfu penyepit makanan
  5. Sejatkan sehingga kering air gula
 
B. Pisang dan Cara Penyediaan:
 
20 Biji Pisang Lemak Manis
Lebih kurang satu sudu minyak sapi
Minyak untuk menggoreng pisang - Perlu tenggelam pisang 
 
Campurkan minyak sapi kedalam minyak panaskan, Goreng pisang sehingga perang kemudian sejukkan di atas tisu dapur suoaya serap minyak.
 
 
C. Bahan Untuk Kuah Puding:
 
1 Tin susu sejat
200 ml air
3 biji kuning telur - saya gunakan 2 biji sahaja
150 gm gula
1 sudu the esen vanilla
1 sudu tepung kastad - campurkan dengan sedikit air
Sehelai daun pandan
 
Campurkan kesemua bahan dan pukul seketika kemudian tapis dan panaskan di atas api yang perlahan. Sentiasa kacau untuk dapatkan kuah yang cantik.
 
D. Bahan sampingan
 
Gajus, buah prun, ceri merah dan hijau
 
 
CARA PENYEDIAAN PUDING
 
  1. Susun pisang di dalam bekas, taburkan jala emas di atas pisang
  2. Hiaskan dengan gajus, prun dan ceri
  3. Tuangkan kuah di atas pudding sedia untuk dihidangkan.
 
 
 
 

Monday, June 8, 2015

Roti Sosej



Roti gulung memang sedap dimakan sama ada untuk sarapan atau minum petang. Untuk tambah kelazatan boleh dicicah dengan sos cili dan mayonis.

Bahan-bahan:

10 batang sosej ayam @ daging
10 keeping roti sandwich
2 biji telur
Garam
Serbuk lada sulah - jika suka
breadcrumbs (serbuk roti)
Minyak untuk menggoreng             

Cara Penyediaan:
 
  1. Pukul telur kemudian  masukkan garam dan lada sulah ke dalam telur
  2. Gelek roti dengan penggelek hingga nipis - boleh guna botol/gelas
  3. Kemudian letakkan sosej di atas roti dan gulungkan
  4. Celup gulungan roti ke dalam telur
  5. Kemudian golekkan/salut gulungan ke dalam serbuk roti
  6. Goreng seketika di dalam minyak yang panas

       

Nasi Goreng Sotong Berkacang

 
Nasi goreng yang simple namun membangkit selera. Nasi goreng menggunakan sayur kacang panjang dan karot.
 
Bahan-bahan:
 
 
3 cawan nasi
2 ekor sotong - potong bulat
1 keping dada ayam - potong kecil
1/2 batang karot - potong kecil
5-6 biji kacang panjang - potong kecil
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili - jika suka
segenggam bilis - goreng garing
1 biji telur
 
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Goreng bilis sehingga garing dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama tumis bawang dan cili yang ditumbuk lumat
  3. Masukkan isi ayam goreng hingga masak
  4. Kemudian masukkan sotong goreng seketika sehingga kering airnya
  5. Masukkan kacang dan karot yang dipotong kecil
  6. Perasakan dengan garam
  7. Masukkan telur dan goreng ditepi kuali kemudian kacau rata
  8. Masukkan nasi dan goreng seketika
  9. Akhir sekali masukkan bilis yang telah digoreng.
 
 
 


Thursday, June 4, 2015

Asam Pedas Kepala Salmon

 
 
Menu asam pedas memang selalu sangat dimasak, bezanya hanya jenis-jenis ikan yang digunakan. Menu yang dimasak kali ni menggunakan kepala ikan salmon. Kepala ikan salmon memang banyak isi jika dibandingkan dengan lain-lain jenis kepala ikan. Memang puas makan sekeluarga. Resepi boleh dirujuk di SINI.

Salmon Panggang

 
 
Menu yang sangat jarang dimasak. Sesekali ingin mencuba salmon grill memadai dimakan dengan sos cili dan mayonis serta sayur-sayuran yang di stim. Sangat sesuai untuk menu diet.
 
Bahan- bahan:
 
2 Keping ikan salmon
Sedikit halia *
2 ulas bawang putih*
1 sudu lada hitam*
Sedikit minyak zaiton
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Bawang, halia dan lada hitam ditumbuk lumat
  2. Gaulkan bersama garam dan sedikit minyak zaiton
  3. Lumurkan kepada ikan dan perap seketika
  4. boleh panggang menggunakan pemanggang ajaib/grill