Tuesday, March 1, 2016

Mee Rebus


Mee Jawa, pertama kali masak hasil rujukan daripada blog Azie Kitchen. Resepi seperti yang disalin dari Blog Azie Kitchen.

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning - Celur
1/2 kg daging - Potong kecil dan nipis
300 gm tauge
2 tangkai daun bawang
5 biji cili merah
3 keping tauhu goreng
3 biji telur rebus
3 biji limau nipis
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)

Bahan-bahan yang dimesin:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 batang serai 

Sedikit halia
sedikit lengkuas
100 gm udang kering

sedikit cili padi, jika suka pedas

2 sb cili kisar
3 sb serbuk kari daging
air rebusan daging
1 cawan air
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari dan cili kisar hingga garing.
  3. Masukkan air dan kacau
  4. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan. Masukkan garam dan gula.
  5. Biarkan hingga kuah mendidih.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bahan yang dihiris.

No comments:

Post a Comment