Tuesday, April 19, 2016

Ketam Bercili



Bahan-bahan:

3 ekor ketam
5 Biji Cili Merah
2 Biji Cili Hijau
4 Ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih
Sedikit belacan - Jika Suka

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ketam dan kerat dua
  2. Mesin semua bahan-bahan, kemudian tumis sehingga cili betul-betul masak.
  3. Boleh tambah air untuk pastikan cili betul-betul masak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula
  5. Masukkan ketam, masak seketika.


Ayam Masak Bali



Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong kecil
4-5 sudu cili kering atau cili kisar  
5-6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan - jika suka
5-6 tangkai daun kari
3 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil garam
3-4 sudu Kicap manis 


Cara Penyediaan:

  1. Goreng ayam yang telah dilumur garam dan kunyit
  2. Mesin bawang, cili kering dan belacan
  3. Tumis sehingga cili masak , boleh tambah air untuk pastikan cili benar-benar masak
  4. Masukkan serai yang telah diketuk dan daun kari, tumis seketika
  5. Masukkan gula dan garam
  6. Kemudian masukkan kicap dan ayam


Kacang Pool



Kacang Pool di Medan Selera Presint 9, Putrajaya.

Kari Kepala Ikan Merah



Bahan-bahan:

Kepala ikan merah sederhana besar - belah dua
1 cawan santan
4 sudu serbuk kari
2 sudu cili giling
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
2 Tangkai daun kari
Air asam jawa

Cara Penyediaan:
  1. Tumbuk lumat bawang, kemudian tumis sehingga wangi
  2. Masukan cili giling, kemudian masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air
  3. Tumis sehingga rempah betul-betul masak, perlu tambah air untuk pastikan rempah masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan setangkai daun kari
  5. Kemudian masukkan santan dan air mengikut kepekatan yang disukai
  6. Masukkan ikan, masukkan setangkai lagi daun kari
  7. Perasakan dengan garam dan gula
  8. Masukkan sedikit air asam jawa

Dalca



Bahan-bahan:

1.5 kg daging
1 labu bawang besar
1 Kotak Santan - 200ml
6-7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sudu besar rempah kari ayam
2 sudu besar cili giling
1/2 keping gula melaka - Jika suka

Sayur-Sayur

1/2 biji nenas
Terung
Karot
Jagung muda
Kacang panjang
Kacang Bendi

Cara Penyediaan:
  1. Tumbuk lumat bawang kemudian tumis sehingga wangi
  2. Masukkan cili giling tumis sehingga pecah minyak, boleh berulang tambah air untuk pastikan cili betul-betul masak
  3. Masukkan serbuk kari dan tumis sehingga betul-betul masak dan pecah minyak perlu tambah air jika perlu
  4. Masukkan daging masak seketika sehingga daging empuk
  5. Masukkan santan dan tambah air mengikut kepekatan yang disukai
  6. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran, perasakan dengan gula dan garam

Kuih Keria Gula Melaka


Daging Bakar Air Asam


Nasi Dagang Kelantan